PERLAWANAN PERINGKAT PPD

PERLAWANAN PERINGKAT PPD

PASUKAN RAGBI SEKOLAH

PASUKAN RAGBI SEKOLAH

ALLBLACK U12

ALLBLACK  U12

Monday, May 26, 2008

FROFAIL SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH
SK Sultan Ibrahim 2 mula ditubuhkan awal tahun 1971 dengan menumpang belajar di bangunan SM Perempuan.Pada masa itu bilangan murid seramai 900 orang dan 30 orang guru. 2 buah blok bangunan telah digunakan sementara sesi persekolahannya pagi dan petang.Tahun satu,dua dan lima pada sesi pagi manakala tahun tiga dan empat pada sesi petang.Guru Besar pertama ialah Encik Toh Chin Hoe yang mula bertugas pada 1hb Januari 1971. Selepas 10 tahun menumpang,pada pertengahan tahun 1981,barulah SRK Sultan Ibrahim 2 berpindah ke bangunan sendiri,bersebelahan dengan SMK Sultan Ibrahim 2,berhadapan dengan Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Mas/Tumpat.Bangunan sekolah ialah satu blok bangunan 3 tingkat dan 2 blok bangunan satu tingkat serta padang permainan yang dikongsi bersama dengan SMK Sultan Ibrahim 2 diatas tapak yang berkeluasan 0.245 hektar.Pada thaun 1984,PIBG sekolah telah membina satu blok bangunan satu tingkat untuk menampung pertambahan murid.SRK Sultan Ibrahim 2 telah disempurnakan perasmiannya pada pertengahan tahun 1987 oleh Menteri Pelajaran Malaysia iaitu,YAB Dato Seri Anwar Ibrahim.SRK SIbrahim 2 telah ditukar namanya kepada SK.Sultan Ibrahim 2 pada awal tahun 1990.Pada awal tahun 1992 pula SK.Sultan Ibrahim 2 telah dipecahkan menjadi 2 buah sekolah kerana bilangan murid yang semakin bertambah .Sultan Ibrahim 2 telah ditadbir oleh Tuan Hj Yunus b Mohd Amin sebagai guru besar dan Encik Mohd Adib b Ibrahim sebagai Pemangku Guru Besar SK.Sultan Ibrahim 4.
Kedua-dua buah sekolah itu berada dalam satu kawasan yang sama dengan berkongsi bangunan,padang dan kantin.Pada akhir tahun 2002 SKSI2 telah memiliki sepenuhnya bangunan sekolah kerana sksi4 telah berpindah ke bangunannya sendiri yang terletak di Kg.Endong,Pasir Mas.Pada 1hb Januari 2003,SK.Sultan Ibrahim 2 telah menjadi sekolah satu sesi.dengan persekolahannya hanya pada waktu pagi sahaja. Pada tahun 2003 juga kelas pra sekolah juga telah diwujudkan.Bermula pada tahun 1971 hingga kini SK.Sultan Ibrahim 2 telah ditadbir oleh 9 orang guru besar.

2 comments:

intel said...

to owner blog:

Mohon betulkan sebarang kesilapan bahasa dan kaedah penulisan supaya pembaca lebih berminat dan selesa membaca perihal sekolah ini. Terima kasih.

wamwawi said...

kawe nok cari gu gu darjah 1 meroh tahun 1980 sapa darjah 5 meroh 1986...hile abih saing2 lamo